The best bookmaker bet365

Дървен материал от www.emsien3.com

Al-Rumman Susu Kambing + Delima

Posted in Info Produk

 Susu Kambing dan Kepentingannya Dalam Hidup Anda

 
Selalunya, apabila menyebut susu,kita sering membayangkan susu lembu. Walhal susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Dari segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya lebih kecil.
 
Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing tidak kalah dengan susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah disebabkan tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan “panas”. Hakikatnya , susu kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah,jantung dan banyak lagi. Tetapi sejauh mana masyarakat tahu akan manfaat susu kambing?
 
Susu kambing sebenarnya mengandungi kandungan gizi yang lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma,masalah pernafasan,radang telinga,infleksi kulit dan ganguan saluran pencernaan.
 
Susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menapiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membrane mucus di permukaan lapisan perut dari rosak.
 
Kerana kandungan khasiatnya yang sungguh menakjubkan inilah, YMR International Marketing Sdn Bhd dengan bangganya memperkenalkan susu kambing yang diperkayakan dengan khasiat buah delima dalam bentuk serbuk, pertama kali seumpamanya dipasaran. Sungguh mudah di sediakan.

Kajian Tentang Khasiat Susu Kambing

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan untuk manusia berbanding susu lembu atau sebarang jenis susu. Antara kebaikan susu kambing untuk kesihatan manusia boleh dihuraikan seperti berikut:

Susu Kambing Mudah Hadam
Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.

Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah asid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulser & gastrik.

Alahan Laktosa
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah. Susus kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.

Susu Kambing Bersifat Alkali
Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan. Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.

Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium
Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Susu Kambing - Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan
Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat. Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). Susu kambing juga dikaji mampu menagatasi penyakit barah
 
Khasiat Susu Kambing + Delima Keluaran YMR

Susu Kambing+Delima yang dikeluarkan oleh YMR adalah minuman susu kambing yang diperkayakan dengan khasiat Buah delima. produk ini adalah gabungan antara 2 makanan sunnah.

Antara khasiatnya adalah: 

●Memberi tenaga dan menyegarkan badan
●Sumber kalsium & mineral untuk tubuh
●Menguatkan tulang dan gigi kerana susu kambing mengandungi kalsium yang tinggi
●Membantu menguatkan imunisasi badan
●Menambah daya tumpuan ketika belajar
●Membantu mengurangkan sakit sendi dan lutut
●Mempercepatkan penyembuhan luka dan penyakit
●Membantu mencegah penyakit lupa dan nyanyuk
●Membantu sistem pencernaan
●Mencerdaskan minda
●Membantu membersihkan anggota dalaman & peranakan semasa bersalin

 Selalunya, apabila menyebut susu,kita sering membayangkan susu lembu. Walhal susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Dari segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya lebih kecil.

Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing tidak kalah dengan susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah disebabkan tanggapan

MENGGUNAKAN PEMANIS TANPA KALORI SEBAGAI PENGANTI GULA

PEMANIS ZERO KALORI INI DIHASILKAN DENGAN TEKNOLOGI NANO DIEKSTRAK DARI TEBU DAN STEVIA

KEBAIKAN PEMANIS (ZERO KALORI)

  • Mengimbangi kandungan gula dalam badan
  • Melawaskan pembuangan air kencing
  • Membantu sistem penghadaman makanan
  • Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
  • Meningkatkan tenaga dalam badan
  • Berupaya mengawal berat badan (obesiti)

Sejuta Khasiat Delima

Posted in Info Produk

 

 

 

Delima digelar ‘superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau system kardiovaskular. Buahnya bulat hampir sebesar limau. Berkulit keras, merah kecoklatan atau agak ungu.Isi buahnya terdiri dari butiran-butiran merah seperti kristal. Rasanya manis-manis segar.

RAHSIA PENCIPTAAN BUAH DELIMA

Di dalam Al-Quran disebut tiga tempat tentang buah “delima”.

Pertama Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:”Dan Dia yang menurunkan air(hujan) dari langit kemudian kami mengeluarkan dari air(hujan) itu segala macam tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan sebahagian daripadanya dedaunan yang hijau(sayur mayur) dan Kami keluarkan pada sebahagian daripadanya biji-bijian yang bersusun dan Kami jadikan pula daripadanya pokok kurma yang mayangnya ada segerombolan buah kurma yang dekat untuk ambil, dan daripadanya pula Kami keluarkan kebun-kebun anggur, zaitun dan delima yang sebahagiannya mempunyai kemiripan daunnya, tetapi rasa buah yang satu berbeza dengan yang lain. Lihatlah buah-buahnya ketika sedang berbuah dan ketika telah ranum.Sesungguhnya di dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Kami bagi orang-orang beriman.”(Al-An’am:99)

Kedua Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:”Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”(Al-An’am:141)

Dan ketiga Allah S.W.T. berfirman:” Di dalam kedua syurga itu terdapat mata air yang memancar keras terus-menerus. Maka tanda-tanda kekuasaan Tuhan kalian yang mana lagi yang akan kalian dustakan?Di dalam kedua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.”( Al-Rahman:66-68)

Imam Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sbagai tanda kehebatan Allah S.W.T. dimana ia terbentuk seperti katung-katung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah delima seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan yang tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dari sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit kerras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

ASAL BUAH DELIMA

Delima berasal dari Negara Iran dikenali sebagai Punica Granatumdalam istilah botani, juga boleh didapati di India, Afghanistan dan Syria. Di zaman Nabi Musa a.s. lagi, buah delima yang bermutu di tanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.Bagi agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi simbol kesuburan, rezeki yzng melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Dalam agama Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat didalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.

KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM BUAH DELIMA

Dari sudut pemakanan, buah delima kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin,niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya.Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru kerana ia dapat melegakan batuk. Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud:

“Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman” .

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada badan serta menyegarkan badan dan ianya dapat dihadamkan dengan cepat kerana ianya bersifat ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ianya juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit-birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.Buah delima juga dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itu ia dapat menghilangkan keletihan.Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa jenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia.

Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, manfaat dari rasa pahit tersebut dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.Kulitnya yang tebal pula betanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik.

KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA

  • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
  • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
  • Menyingkirkan lemak berlebihan
  • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri Mencegah rasa mual
  • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
  • Mencantikkan kulit muka
  • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
  • Berupaya menghapuskan kahak
  • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
  • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Mencegah dan merawat kanser
  • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
  • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
  • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
  • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
  • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
  • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
  • Membantu mengurangkan batuk dan lelah
  • Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
  • Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
  • Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
  • Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
  • Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous

 

 

 

Madu Lebah Asli

Posted in Info Produk

Keterangan berkaitan Madu lebah

Lebah madu adalah salah satu spesis dalam kumpulan Apis. Lebah madu dibezakan terutamanya dengan penghasilan dan simpanan madu dan pembinaan koloni sarangnya yang sempurna daripada lilin lebah.

Lebah merupakan makhluk Allah SWT yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran, surah An Nahl ayat 68-69 dimana Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan oleh manusia. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mahu berfikir.(Surah An-Nahl: 68-69).

Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Di dunia Islam, penggunaan madu sebagi ubat sudah dilaksanakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Pada saat itu, madu digunakan untuk mengubati penyakit diare atau cirit birit. Propolis atau gam lebah yang berasal dari madu juga sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai macam penyakit.

 

Perbezaan Madu Lebah biasa  dan Madu Pucuk

Madu pucuk merupakan madu lebah asli yang mana diternak di ladang pokok akasia. Madu pucuk hanya dapat dituai selama 6 bulan sahaja dalam masa setahun kerana masa yang selebihnya adalah musim bunga dan musim hujan. Madu pucuk di olah oleh lebah mengunakan nektar yang terdapat pada pucuk daun akasia dan bukannya daripada bunga.


 Oleh disebabkan itu, madu pucuk amat sesuai untuk bayi yang berumur bawah 1 tahun kerana bebas daripada bendasing (spora)  yang terdapat pada bunga seperti madu lebah biasa. Madu lebah biasa  mengandungi spora dari sejenis bakteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”. Spora ini sukar dibunuh, tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini. Apabila madu lebah biasa  dimakan, ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin. Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”. Bagi orang dewasa pula,  madu lebah biasa adalah selamat kerana usus orang dewasa mengandungi asid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

 

Kajian berkenaan Khasiat Madu Lebah

Kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah dikaji oleh saintis Muslim terkemuka di era keemasan Islam, yakni Ibnu Sina (890-1037). Bapa perubatan dunia dan pemikir Muslim agung pada abad ke-10 M itu tercatat sebagai doktor yang melihat mengenai khasiat madu dari segi kesihatan dan dunia perubatan. Selama hidupnya Ibnu Sina banyak mengambil madu sehingga awet muda dan berumur panjang. Madu, menurut Ibnu Sina, boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dari yang ringan hingga yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga boleh menurunkan suhu badan serta menetapkan rembesan sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.

Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, MADU LEBAH mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Madu juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, phosporus, potassium, sodium dan zink. MADU LEBAH juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. Kajian terkini membuktikan kandungan MADU LEBAH yang terdiri dari bahan semulajadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos. Ini meningkatkan stamina para atlit, menurut Dr. Susan lagi.

Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati komposisi unik kandungan MADU LEBAH juga boleh menjadi agen anti-mikrobial, untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca dari bakteria.

Menurut Dr. Paul Gold, seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia, “manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam MADU LEBAH” Cendekiawan perubatan Rom menggunakan MADU LEBAH agar pesakit sukar tidur supaya tenang dan memudahkan pesakit tidur lena. Hippocrates, cendekiawan Greek menyanjung tinggi MADU LEBAH dalam keupayaan penyembuhan penyakit. Beliau telah banyak menghasilkan ubat-ubatan berasaskan madu antaranya untuk rawatan sakit kulit, ulser dan sakit tekak.

Orang Mesir purbakala menggunakan MADU LEBAH sebagai bahan asas merawat pesakit yang terbakar, melecur. MADU LEBAH juga diguna untuk merawat mangsa perang yang luka teruk dan terbakar.

Perang dunia kedua menyaksikan doktor-doktor Jerman menggunakan campuran MADU LEBAH dan limpa ikan kod terhadap askar mereka yang luka teruk dalam peperangan supaya dapat bertahan dan meneruskan perang.

MADU LEBAH terdiri dari bahan antioksida yang tinggi kaya dengan sumber vitamin, mineral dan amino asid. Ia juga amat berguna sebagai anti-mikrob dan ianya diiktiraf sebagai sumber pemberi tenaga semulajadi yang hebat.

@ Sumber-sumber maklumat di atas adalah dipetik dari: National Board Honey – USA

Al Rumman Cocoa

Posted in Info Produk

 

 

Minuman Koko Pra Campur Al-Rumman ialah minuman yang memberi tenaga dan berkhasiat daripada gabungan makanan sunnah seperti kurma, madu dan delima. Ia juga membekalkan tenaga, karbohidrat, vitamin, zat galian, potasium dan membantu sistem peraliran darah dalam tubuh anda.

Jadikan “Al-Rumman Cocoa” minuman harian anda, untuk kekal sihat, ceria dan bertenaga bersama keluarga.

 

Keterangan Produk

Al-Rumman Cocoa didatangi dalam 2 bentuk bungkusan. Untuk kegunaan satu isi rumah, anda boleh menggunakan Al-Rumman Cocoa 1kg dan untuk lebih mudah dibancuh dalam perjalanan, anda boleh dapati dalam bentuk sachet.

 

Kebaikan dan Khasiat "Al-Rumman Cocoa"

  • Koko - melambatkan proses penuaan dan meningkatkan kebolehanmengatasi tekanan. Ianya mengandungi flavan-3-ols atau catechin iaitu kumpulan kandungan kimia yang memberi tindakan antioksida yang kuat. Flavonoids bertindak sebagai antioksidan, anti-peradangan dan pelindung sel. Ia juga membekalkan tenaga dan karbohidrat dengan segera

  • Kurma - Mengandungi protein, serat dan gula (glukosa). Ia juga kaya dengan Potassium dan zat galian yang lain (vitokimia, antioksidan). Merupakan sumber zat besi yang baik (komponen penting didalam hemoglobin). Serat (fiber) - sangat bagus untuk melancarkan sistem perkumuhan.

  • Delima - Buah dari syurga, kaya dengan vitamin (B2,B3), mineral dan antioksida. Mengandungi sodium yang membantu mengekalkan tekanan & jumlah darah serta mengimbangi pH badan. Ia juga mengandungi pholyphenol yang dapat memperelokkan fungsi sel yang rosak dan memcuci pembuluh darah. Delima juga mengandungi kalsium & fosforus yang membantu pembentukan & menguatkan tulang

  •  Madu - Bertindak sebagai agen anti-bakteria yang melindungi tubuh dari infeksi bakteria dan membantu sistem pencernaan. Mengandungi karbohidrat yang membekalkan tenaga dan membantu pembentukan kolagen yang diperlukan oleh kulit sebagai awet muda. Ianya juga boleh memulih, menyegar dan menambah tenaga serta kaya dengan Vitamin B1, B2, C, B6 dan B3.

Pemanis zelo kalori ini dihasilkan dengan teknologi nano diekstrak dari TEBU dan STEVIA 

“Penggunaan 100gram gula putih menurunkan

 Kemampuan sel darah putih untuk melawan

 kuman selama lebih dari 5 jam”

 

Kebaikan Pemanis (Zero Kalori)

  • Mengimbangi kandungan gula dalam badan
  • Melawaskan pembuangan air kencing
  • Membantu sistem penghadaman makanan
  • Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
  • Meningkatkan tenaga dalam badan
  • Berupaya mengawal berat badan (obesiti)

Online bookmaker Romenia betwin365.webs.com